Saturday, February 16, 2008

Karangan Dari Rakan Seperjuangan

Syeikhryz

Pemikiran seringkali dikaitkan pengetahuan. Tanpa pengetahuan, sesuatu pemikiran tidak dapat dihasilkan. Tentu sekali pengetahuan itu perlu dicari oleh para pecinta ilmu. Pecinta ilmu itu tidak semestinya pula seorang pemikir(kerana ada kelompok yang hanya cintakan ilmu tetapi tidak gemar menaakul dan menyebarkan ilmu) dan definisi pemikir itu adalah kelompok yang bukan sahaja berfikiran yang kritis dan cintakan ilmu tetapi juga berani menyampaikan kebenaran serta menentang KEPALSUAN, kerana status mereka hanya sekadar seorang pengumpul maklumat bilamana mereka tidak mengaplikasikan konsep penaakulan yang jitu disamping paduan dengan ilmu yang diperolehi. Seseorang pemikir itu sudah semestinya seorang yang berilmu, kerana jika dia tidak berilmu(berpura-pura berilmu atau mungkin HANYA bertujuan untuk meraih penghormatan duniawi), kelak dia akan merosak kan masyarakat kerana samada tidak berilmu atau kekeliruan menanggapi ilmu serta mengheret masyarakat ke kancah pesepsi ilmu yang silap serta songsang dan kelompok manusia seperti ini tidak patut digelar PEMIKIR tetapi hanya layak digelar sebagai PENYEBAR AJARAN SESAT sahaja. Hakikat yang paling jelas didalam setiap tamadun ialah kemunculan sekelompok manusia yang menggunakan akal pemberian Allah SWT. Namun, awas tatkala menggunakan akal tanpa panduan dari jurukemudi yang seharusnya iaitu wahyu. Memang Al-Quran itu adalah sebuah kitab yang membimbing manusia menggunakan akal dan perkara ini dapat dibuktikan melalui arahan ALLAH SWT yang menyeru manusia menggunakan akal didalam kehidupan seharian, seperti didalam menghuraikan hakikat alam, namun terdapat batas yang harus dipatuhi didalam arena pergulatan akal ini agar tidak condong kepada pemikiran dan perbahasan perkara yang tidak berfaedah dan melawan kekuasaan ILLAHI..Pemikiran manusia secara teorinya adalah abstrak dan beragam.Ini kerana penaakulan merupakan aktiviti ilmiah manusia yang bersifat subjektif dan boleh sahaja bersifat spekulatif.Seringkali manusia terpesong dari landasan nya lantaran terlalu percaya kepada kekuatan akal yang subjektif.Sebagai contoh, Puffendorf iaitu pemikir tersohor didalam karya nya the law of nature yang percaya bahawa bumi ini tidak dimiliki oleh Tuhan,lantaran itu menerut hemat nya manusia boleh melakukan apa sahaja yang dihajati.Hujah ini merupakan contoh kepada kategori pemikir yang ketiga iaitu berilmu tetapi tidak menerima peranan wahyu dan bersifat agnostik. Pemikir kategori ini sudah semestinya seorang agnostik yang percaya bahawa alam semesta bergerak secara mekanistik menurut hukumnya yang tersendiri(immanentisme) dan percaya bahawa akal dan pancaindera boleh menyingkap fenomena alam tanpa bantuan "ATAS". Konsep humanisme dan rasionalisme ini begitu mudah mempersona mereka yang menggeluti disiplin falsafah bukan dari aspek fundamental. Daripada kategori pemikir yang berpandukan wahyu, dan pemikir yang bergantung seratus peratus kepada subjektiviti akal, secara umumnya terdapat satu titik persamaan diantara dua kumpulan ini iaitu, mereka percaya bahawa hanya dengan budaya ilmiah yang mapan sahaja tradisi bobrok dan mengundang kemunduran kepada sesuatu masyarakat dapat dirombak kearah yang lebih baik. Persoalan yang akan dirungkai pada kali ini ialah, budaya buku dan berfikir masyarakat.

Untuk menjadi sebuah masyarakat yang maju, perkara pertama yang perlu dipertimbangkan ialah berkenaan perkara asas kemajuan iaitu PENDIDIKAN.Perkara yang menjadi asas utama kemajuan bangsa dan negara bukanlah terletak kepada aspek kekayaan ekonomi, kekuatan ketenteraan mahupun wacana politik pemimpin (seperti Islam Hadari di Malaysia), tetapi ialah perubahan didalam tradisi pendidikan.Pendidikan yang berkualiti dan baik sebenarnya dapat menjurus kearah pembentukan pemikiran yang terbaik.Apa yang ingin penulis majukan disini ialah pendidikan yang diamalkan di negara kita dewasa ini haruslah dirombak supaya kearah lebih menggalakan rakyat untuk berfikir kritis.Penulis memandang bahawa, tradisi pendidikan yang kita amalkan dewasa ini adalah bercorak materislistik yang cenderung kearah pembentukan komuniti yang kapitalistik!.Ini bermaksud, segenap masyarakat hanya tertumpu kepada bagaimana untuk menjadi kaya!, bagaimana untuk mendapat wang yang banyak!, bagaimana untuk mendapatkan kerja besar di syarikat GLC dan memandu mercedes sebelum berumur 30 tahun dan sebagainya.Tradisi pendidikan materialistik ini yang akhirnya menjurus kearah pembentukan masyarakat yang hanya mengukur sesuatu perkara dari kacamata seorang MATA DUITAN!.Penulis konsisten bahawa sistem, budaya dan falsafah pendidikan yang diaplikasikan sekarang jika tidak dirombak dengan memasuk kan unsur-unsur Islam dan pemikiran kritis, maka didalam 20tahun dari sekarang akan lahir masyarakat yang tidak mengutamakan akal sebagai sumber kedua ilmu manusia dan tidak mustahil sumber-sumber "divinity" akan mudah dipermainkan begitu sahaja sesuka hati. Kerana wahyu yang membimbing akal kejalan yang sepatutnya dan akal yang mencorak kan ketamadunan bangsa manusia.

Persoalan utama yang timbul tatkala kita memperbincangkan mengenai budaya berfikir kritis manusia ialah bagaimanakah cara yang efektif untuk membuatkan manusia itu minat berfikir?.Penulis ingin mengemukakan tesis yang lembut bagaimana untuk membuatkan manusia meminati aktiviti penaakulan.Perkara yang utama ialah mereka harus dibudayakan dengan budaya membaca sedari kecil lagi.Ya,mungkin ada sesetengah yang memperlecehkan ia dan bersuara bahawa rakyat Malaysia malas membaca,jadi bagaimana mahu melahirkan komuniti manusia Malaysia yang meminati aktiviti penaakulan?.Penulis merasakan budaya membaca boleh dipupuk sebagai hobi rakyat, jika ia diterapkan sedari kecil lagi.Jika sedari masih diumur HIJAU, manusia ditanamkan sikap menghargai buku dan menghargai majlis ilmu, maka insyallah tiada masalah untuk melahirkan manusia yang berbudaya ilmu.Ini kerana,penulis melihat manusia itu secara lahiriah nya mudah dibentuk.Jika Thomas Hobbes melihat manusia itu secara lahiriahnya cenderung kearah nilai-nilai hedonisme,maka penulis hanya melihat itu nilai-nilai hedonisme itu sebagai faktor eksternal sahaja.Ini kerana nilai-nilai hedonisme itu disuntik kedalam minda manusia kesan dari budaya yang tidak sihat yang diaplikasikan oleh komuniti.Niali-nilai hedonisme ini dapat ditangkis sekiranya minda manusia yang masih PUTIH ditanamkan dengan semangat kecintaan terhadap ilmu dan kebahagiaan yang abadi.Didalam Islam, dinyatakan bahawa kanak-kanak itu adalah ibarat kain putih dan ibu-bapa nya lah yang membentuknya samada menjadi Yahudi,Nasrani atau Majusi.Jika dianalisis secara implisit berkenaan perkara ini, ia bukan setakat membicarakan berkenaan pengamalan agama seseorang,tetapi ia juga menjelaskan berkenaan pengaruh kepada pembentukan diri manusia itu sendiri.Jadi,seharusnya kita memberikan galakan kepada rakyat sedari kanak-kanak lagi untuk mencintai buku&ilmu.Namun,jika sekadar mencintai buku&ilmu sahaja tidak cukup untuk mendorong manusia kearah aktiviti penaakulan yang kritis,dan disinilah pentingnya FALSAFAH PENDIDIKAN yang jitu, SILIBUS PENDIDIKAN yang menggalakan kreativiti akal dan TEKNIK PENGAJARAN oleh guru-guru.Penulis mencadangkan pendidikan sedari sekolah rendah lagi diwujudkan matapelajaran khas yang menggabungkan pendidikan AL-QURAN dan ASAS FALSAFAH.Kita tidak seharusnya menyatakan ia sebagai perkara yang membebankan dan berat kepada pelajar,alah bisa-tegal biasa.Dengan cara begini,budaya penaakulan akan dapat dicapai didalam masyarakat.Para pemikir besar seperti Imam Al-Ghazali,Ibnu Sina,Ibnu Khaldun,Al-Farabi,Imam-Imam Besar 4 Mazhab dan lain-lain sarjana Islam adalah dari mereka yang terdidik dan terdedah dengan budaya pendidikan yang mengutamakan penaakulan kritis dan kreatif.Begitu juga dengan pemikir-pemikir besar barat seperti Rousseau,Hobbes,Montesquie,Locke(tidak keterlaluan jika disenaraikan ARISTOTLE dan PLATO turut menerima pendidikan sebegitu) dan lain-lain juga adalah terdiri dari mereka yang menerima pendidikan yang mengutamakan ketajaman penaakulan kreatif sedari kecil.Perlu kita pertimbangkan bahawa tamadun yang gemilang tidak dibina dari kekayaan dan materialistik yang hebat,bangunan yang besar-besar atau keluasan jajahan takluk,tetapi ia dibina dengan ilmu dan kelahiran ramai pemikir-pemikir besar.Tamadun yang dibina berdasarkan ilmu akan kekal mapan tetapi tamadun yang dibina berdasarkan materialsitik tidak akan kekal lama dan mungkin hanya bertahan 3-4 generasi sahaja,jika bernasib baik hanya melepasi 5 generasi dan kemudian akan kembali lebur...Kerana tamadun yang dibina dari struktur ILMU akan membawa manusia sentiasa mengingati ILLAHI dan Tamadun materialsitik hanya menjadikan manusia jauh dari ILLAHI dan implikaisnya ialah KERUNTUHAN TAMADUN samada secara drastik(jika tidak bernasib baik) dan perlahan-lahan(runtuh minda,akhlak dan kemudian secara total).Penulis merasakan begitu,bagaimanakah anda?....

by..syeikhryz

1 comment:

Dr Dre said...

salam.rembat tulisan aku xbagitau ni nak kena saman ke?...hahahahahaha....bila set up blog bro?..kenapa xbagitau?..nanti aku link kan kat blog aku......