Friday, April 11, 2008

Alahai KUasa2

Malam bersama super senior dalam membicarakan soal melayu. Jika mempersoalkan melayu, konsep yang selalu tidak terpisah ialah politik. Politik ini lah yang membawa halatuju di mana hak-hak sebagi ornag melayu. Politik memang menjadi satu wadah suara yang begitu unik malah makin makin banyak persoalan yang sukar di ungkapan. Tapi perkara yang lebih jelas dan yang ingin dikhusukan pengkajiannya ialah kuasa. Jika mempunyai kuasa dan autoriti, ianya mampu mengawal dan memperjuangkan nawaitu ELITE. Matlamat menghalalkan cara, ya..ini lah yang dikatakan oleh machiaveli dalam teorinya. Walaupun kejam dan baiknya cara ELITE memimpin, tetapi mempunyai 1, 1 matlamat. Kandang kala elite melayu ini terlupa, terleka bila kuasa ada digengaman, hak dan perjuangan makin dilupakan. Ini lah realiti sebenar melayu. Bak seperti hang jebat yang telalu leka dan tamak bila menyanggah sultan dan mempunyai kuasa..ini lah melayu bilamana berada di atas, menonggak ke langit, hidung tinggi malah lupa darah keturunan..melayu. segalanya kerana kuasa. Politik malaysia?? Melayu lah yang menerajunya..perpecahan melayu mampu dilihat dalam perpecahan parti poltik,,melayu hanya tinggal apa?? Tanah?? Ekonomi?? Ke budaya yang kini tungang langang kerana terpedaya dengan anasir2 budaya luar yang menyusup secara halus,,ya ini lah hidden hand...melayu2,,bila melayu ini akan bersatu?? Bila?? Xkan menunggu sejarah berulang baru nak bersatu dibawah satu payung, dibawah satu wadah..cina india?? Memang berpecah, tapi mempunyai matlamat yang sama,,malah konfliknya kerana nasib kaumnya.. melayu?? Konflik sehinggakan mengkafirkan darah seketurunan..ini lah kuasa. Kuasa yang membutakan mata hati melayu....apalagi yang tinggal?? DEB?? Memang berketepatan DEB ini diteruskan untuk menjamin melayu ini dalam tanahnya tumpahnya...tapi,,siapa yang memesongkannya?? Hak melayu dipesongkan oleh melayu sendiri,,mengambil tanah rizab melayu, melayu yang gadaikan, meruntuhkan masjid di pulau pinang,,melayu juga,,ekonomi,,subsidi?? Sampai di ali babakan..bila la mereka ini boleh sedar,,sedikit demi sedikit hak ini akan dipertikaikan. Teringat lak cerita seorang ank melayu akan mimpinya,,melihat melayu di muziumkan..satu saja penyelesaian untuk mengubah semua ini..ialah diri melayu itu harus di bersihkan dari sifat “melayu MUDAH lupa”...hilangkan sifat tamak dan ego,,kuasa itu hanya sementara..itu lah tugas Urusetia Pembangunan Sumber Manusia,...keunikannya bukan pada Urusetia, bukan pada pembangunan dan bukan juga pada sumber...tetapi MANUSIA..ya manusia..”manusia memanusiakan manusia”....

Anak-anak melayu sekarang makin buta bila di suapakan dengan pelbagai ideologi dan teori..tapi sampai bila hendak memperjuangkan teori dan ideologi??? Kapan bila..terus terang dari luhur hati sebagi seorang s.politik...semua itu tidak berfungsi kerana realitinya masyarakat sentiasa berubah2. Maka teori dan konsep pun sentiasa berubah. Tidak ada teori dan konsep yang digunapakai secara total..malah bila terlalu mengharapkan teori dan konsep secara total,,apa akan jadi pada masyarakat?? Punah...konsep keadilan?? Konsep negara bangsa? Teori demokrasi? Semua berasal dari barat..perlukah kita yang mempunyai budaya dan jati diri sendiri perlu statik dengan teori2 dan konsep yang dari barat secara total..secara statik?? Silap jika berpandangan sedemikian...kerana budaya kita tidak sama dengan budaya mereka. Lebih baik sekiranya malaysia ini mengamalkan demokrasi tidak sepenuhnya..malah tidak ada mana2 negara pun yang boleh digelar demokrasi. Konsep keadilan,,dalam politik malaysia..kenapa kaum lain mempertikaikan hak sama rata?? Beza di antara bumiputera dan pendatang kan jauh sangat bezanya,,bagaikan langit dan bumi..malah dalam kontark sosial sebelum mereka ini diterima, syaratnya bumiputera mempunyai hak tersendiri dan istimewa dalam pelbagai bidang..-besambung...

1 comment: